[Think only about success walaupun hati terluka]. Satu persatu telah saya hapuskan dari kepala ini. Namun jari ini masih berkata untuk tidak rasa kalah pada sesiapa yang cuba membenamkan saya. Abad ini semua kuasa ada dihujung jari. Setiap user yang telah melakukan perkara yang tidak baik kepada genetik Paraleo Stereo telah pun dicatit satu persatu di dalam sebuah buku amalan berbentuk pembalasan. Ianya seolah-olah seperti “Death Note” version of me. Maka akan tiba hari-hari tersebut mengikut giliran mereka. – Muka cruel, dahi berkerut dan mata merenung tajam pada monitor dan hahaha sebuah Introduction yang barbaur paranoid dan ada unsur-unsur revenge. Saya tidaklah seganas itu seperti yang dibaca. I am a good-good boy all the time.
Sebenarnya dalam beberapa hari yang lepas saya telah mengalami tekanan kerja yang amat mencabar kesabaran hati as a human of centuries. Akhirnya saya mendapat iktibar dari pengalaman sendiri bahawa jika anda tahu tentang sesuatu perkara terutama bidang kerja berkaitan janganlah pula untuk menunjukkan sesuatu yang awesome kepada bosses. Kelak anda bakal menjadi mangsa bahan research kerja-kerja mereka. Jika anda adalah student, janganlah pula menunjukkan sesuatu skill yang awesome kepada lecturers. Kelak anda bakal menjadi bahan cabaran mereka – skill anda mengatasi mereka. Tetapi tidaklah pula saya katakan kepada semua pihak (bosses dan lecturers). Ianya bergantung pada orang-orang itu sendiri. Setiap human mempunyai sifat yang berbeza-beza bergantung pada niat hati masing-masing. – hitam atau putih.
Dari perspektif di luar negara (hasil dari pembacaan sendiri). Orang-orang seperti saya dan seangkatan akan dijaga rapi kebajikannya. Mereka tidak akan dilukai jiwa dan raga malah mereka menyokong apa yang perlu demi kejayaan bersama. Sebab itulah negara-negara tersebut semakin maju dan terus kehadapan demi mencapai visi dan misi. Tidak pula di kebanyakan syarikat di Malaysia yang mana orang-orang di dalamnya penuh rasa; saya telah buat compilation. Sila mouse over di sini. – my personal observation. Sharing knowledge merupakan istilah yang saya rasa tidak boleh digunapakai setakat ini kerana ianya akan mencetuskan rasa (salah satu compilation di atas).
Dari compilation di atas, ianya telah menyebabkan kebanyakan orang-orang muda di Malaysia (umur sekitar 20 -29) lebih suka memilih kerja-kerja freelance kerana umur yang melebihi di atas telah membuat aktiviti conquering the company. Kalau boleh, mereka ingin conquer hingga ke surga. – saya tidak katakan semua kerana ada juga INSAN yang beri fully support yang terlalu awesome. Dari masalah ini, akhirnya saya telah mengadu kepada Mr. Ghazi selaku Mr. Thinker. Ini yang beliau katakan “Kamu mesti continue study hingga ke surga demi mendapat kedudukan yang teratas“. Pada mulanya saya kurang faham, tapi bila diamati berulang kali, saya mula tersenyum dan faham maksudnya. Thanks daddy, eh taklah thanks abah.
Tiba-tiba saya teringat artikel ini : Freelancer vs Makan Gaji – My Heart Is Stereo dan mungkin ada penambahan info jika berkesempatan. Baiklah, saya full stop di sini demi meneruskan perjalanan. Yeah! Loading time dot dot dot untuk perjalanan yang memakan masa lebih dari 250 KM, akhirnya saya sampai di hometown, Ipoh, Perak. – demi melupakan masalah di atas. – damaikan kepala. – balik secara senyap-senyap.
Sepanjang perjalanan dari titik asal ke hometown, lagu di bawah adalah paling kerap sekali ke udara secara purata. Saya terpaksa melupakan cinta di titik asal kerana saya lebih sayangkan diri sendiri buat ketika ini. Bersendiri adalah lebih baik untuk perancangan masa hadapan yang kadang-kala tak menentu. Remix juga terpaksa diabaikan demi memenuhi jiwa yang sedang mengalami sentimental heart broken.

Artikel ini tiada “art” namun jika anda sudah membaca di saat akhir ini, anda hebat kerana tak semua orang sudi membacanya. Terima kasih sayang dari saya. Kepulangan saya juga adalah bertujuan: testing my freesco via VPN (Virtual Private Network). Sekaligus membenarkan saya mengawal (remote) PC dari titik asal ke hometown atau sebaliknya.