Cara Blok Laman Web Lucah – k9webprotection

Menggunakan sofware adalah cara termudah untuk blok laman web lucah. Anda sedia maklum bahawa laman web lucah semakin berkembang di atas permintaan ramai, malah ada jugak blog-blog yang menyediakan link video high definition untuk download secara percuma. Hasilnya mereka menjadi sangat kaya dan kita semakin hanyut malah batin semakin terseksa apabila kerap melihat video-video terlarang yang mereka sediakan.

Caranya cukup mudah, gunakan k9webprotection. Anda boleh muat turunnya secara percuma. Sebenarnya idea menggunakan software ini telah dicetus oleh bos saya sendiri sewaktu bekerja sebagai pembantu network administrator di sebuah syarikat swasta semata-mata mahu membendung pekerja-pekerja di sana yang kerap curi tulang sewaktu bekerja kerana khayal dengan laman web lucah.

Software ini dapat menyekat sebarang laman web lucah menggunakan keyword. Sebagai contoh, jika anda search keyword porn, seks, dan banyak lagi keyword yang berkaitan dengan lucah di google, anda tidak akan jumpa laman-laman yang berkaitan. Sofware ini memang sangat bijak sehingga penggunaan proxy pun tewas. Anda boleh juga menyekat laman-laman tertentu mengikut kategori ataupun laman-laman sosial tertentu seperti facebook(jika mahu).

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web mereka di http://www1.k9webprotection.com/, saya pasti anda cepat faham untuk menggunakannya kerana ia perisian yang berasaskan web yang memang mudah untuk difahami.

Download k9webprotection sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Cara Blok Laman Web Lucah – k9webprotection

  1. yah… tima kasih menghargai respon kami… walaupun aku takde pape nk respon (tahap penulisan aku lemah_), aku nk tunjuk kt ko yg aku ni sntse sapot usaha kawan2. teruskan usaha anda walaupun sekiranya ada orang berpendapat tiada kepentingan bagi diri mereka. hanya orang yg mampu menghargai akan rasa pos2 anda bernilai…

  2. Bagaimana untuk mendapatkan senarai perkataan Bahasa Melayu berbaur lucah, mencarut bg tujuan untuk block carian perkataan itu di internet?

  3. thnx bro
    sebelum tau K9 ni aku layn laman L
    mmg aku nk berenti tpi x leh
    sekarang da leh benti tq byk2
    aku nk ubah hidup aku sekarang

    • welcome..
      Bguslah..sume llki pun pernah lyn
      cuma nk ng tak nak je benti..ok gud luck
      Sbb klu sllu tgok boleh buat batin terseksa

  4. saya dah try buat k9 nie..tp ble nk bkak berita harian,facebook tak leh nk bkak…k9 nie block semua ker yg tak berkaitan?

  5. hii..saya ader soalan nk tya,dah try download tp ble nk bkak facebook n berita harian online,tak bole…software nie block semua yang x berkaitan ker,tq

  6. tolong ajarkan saya nak buat k9webprotection nie..saya dah dapat paswood cm x pandai nak wat je..harap dapat bantu saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>