Semalam saya bermimpi suatu perkara yang sangat menginsafkan. Ia bermula dengan suasana tengahari. Cuaca agak terik. Ketika itu saya berada di suatu kawasan perumahan bandar di mix kan dengan suasana kampung halaman di Ipoh. Saya kurang pasti kenapa suasana jadi begitu.
Saya haus berjalan seorang diri (kepala tunduk) dengan cuaca terik dan panas dengan berpakaian casual. Tidak kelihatan seorang pun di sana. Ketika sedang berjalan mencari destinasi yang tak pasti, tiba-tiba saya terdengar bunyi angin yang semakin lama semakin kuat. Jadi kepala diangkat ke hadapan dan kebelakang untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi.
Dengan perasaan yang sangat takut, saya nampak gerombolan angin pasir besar berwarna kuning orange (pasir seperti di padang pasir arab) sedang menghampiri saya dari arah hadapan dan belakang. Memang tiada jalan keluar untuk bersembunyi. Saya buntu dan sangat gelisah. Tiba-tiba saya ternampak satu lorong antara perumahan dan saya duduk bersembunyi di sana untuk elak dari terkena teruk gerombolan pasir tersebut.
Akhirnya gerombolan pasir tersebut menghampiri kawasan yang saya bersembunyi. Saya memang dah buntu, cuma mampu memejamkan mata serapat yang mungkin dan menutup telinga bagi mengelakkan pasir masuk – dalam keadaan duduk. Kulit saya mula terasa tempias pasir yang semakin lama semakin kuat. Saya berasa sakit dan pedih. Dalam hati cuma mampu berdoa.
Dalam beberapa saat selepas itu, saya terdengar seruan azan berkumandang, suara azan sangat merdu. Gerombolan pasir yang menempias saya mula beransur berhenti dan hilang. Saya kehairanan. Saya kembali berjalan untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Tiba-tiba saya ternampak sekumpulan lelaki berpakaian serba lengkap sedang memasuki masjid dari arah kampung.
Saya hairan, ketika saya berjalan-jalan tadi saya langsung tidak nampak masjid. Kaki ini mula melangkah menghampiri mereka. Ketika separuh perjalanan menghampiri mereka, tiba-tiba saya terdengar suara-suara wanita memanggil nama saya dengan suara yang sangat manja dari arah belakang. Saya jadi bertambah hairan, saya toleh kebelakang dan saya ternampak 2 orang wanita yang sangat cantik berpakaian serba lengkap.
Saya mula memerhati kedua-dua wajah mereka dan alangkah terkejutnya apabila saya mendapati kedua-dua wajah tersebut sangat mirip dengan kekasih terdahulu. Mereka tersenyum seperti cinta yang dahulu. Ketika itu dalam hati saya menjadi sangat bingung, apa yang perlu saya buat. Saya kembali menoleh ke arah sekumpulan lelaki yang sedang memasuki masjid. Di sana ada seorang jemaah lelaki yang terakhir sedang menunggu saya di pintu masjid – seolah-olah ingin mengajak saya bersama-sama menunaikan solat.
Dengan langkah yang terasa berat, saya teruskan juga langkah menghampiri masjid untuk menunaikan solat. Setibanya di pintu masjid. Saya sekali lagi menoleh kebelakang untuk melihat 2 wanita itu tadi. Namun mereka hilang entah kemana. Walaupun saya sangat bingung ketika itu, tetapi saya dapat rasakan yang saya membuat keputusan yang betul. Dan selepas itu saya terjaga dari tidur. Dan untuk kali kedua, saya terdengar suara azan (subuh) di kawasan perumahan saya. Tanpa berlengah, saya terus bangun mandi dan bergegas ke masjid.
Itulah kisahnya, sangat menginsafkan diri sendiri. Walaupun saya kurang pasti apakah maksud mimpi tersebut, tetapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang perlu saya ambil iktibar. Saya tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi jika saya pergi kepada 2 wanita tersebut. Em..
Hari ini hari Jumaat. Amin. Lagu-lagu raihan di mashup kan untuk diri sendiri dan untuk readers semua. Harap saya akan jadi yang lebih baik hari demi hari.
Raihan – Rindu vs Iman Mutiara, Peristiwa Subuh, Puji-Pujian (Lite Mash Songs)
ada petunjuk tuh… moga kita dapat manfatnya… insyallah..
I’Allah, NG akan cuba yg terbaik
Sy mmg tak jangka akan mimpi yg macam ni. Tapi sy masih tak berapa faham 100%
Tiada duka yg abadi di dunia.. tiada sepi merantaimu selamanya…setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..
Salam ziarah bro.. lama sy tak singgah sini
Tengs hafiz
Kata2 yg penuh nilai barakah.
Wslm. Okay akan terjah sana japgi
moralnya? do the right thing, ikut rationality
hari tu i mimpi psl spider sgt besar – mmg takut habis la i
and… for the whole day mmg mcm2 yg jadi hohohoo~
Masa dalam mimpi memang tak boleh ikut otak logik. Semua main dengan sense
Wuaa mimpi spider, geli nyee…
Besar pulak tu. Tak dapat bayang
Dia nk isap darah u kot. heeee
Alhamdulillah. Dalam mimpi tu, NG buat pilihan yang betul. Perempuan jelita yang muncul tatkala azan sedang berkumandang dan diwaktu NG nak melangkah ke masjid adalah bayangan amalan buruk yang tak patut diikuti.
Amin…..
Tengs SM. Sbb bagi NG maksud mimpi tu.
Bila fikir2 ada betul jgk maksud 2 perempuan cantik tu dengan amalan buruk. Nasib baik tak pergi dekat dorang
aku memang suka semua lagu kumpulan raihan nih. memang leh masuk..
Aku suka, Cuma hari ni aku kembali dengar. Dah lama tak dengar
kalo mimpi wanita dan masjid.. tu tandanya nak mendirikan masjid bro.. saya agak je…..wah.. tak lama lagi jadi suami soleh ya bro..aminn….
p/s: dlm kehidupan ini, syaitan byk memberi imiginasi keseronokan duniawi… so berhati2 ya..
Wuaa. Mendirikan masjid. Untunglah, dapat 2 sekali tu. heeee. I’Allah, klu ada jodoh akan kwen jgk nnti. Tpi buat masa sekarang tak ada calon pun lagi
aku pon pernah mimpi jenis tu jugak, pastu terkejut dari tidur, duduk dan mengingati balik pasal mimpi tuh
Oh, pernah ea, maksudnya kita ada persamaan lah
Skunk ni dah igt dah mimpi tu.
moga mendapat iktibar, mungkin petunjuk tuhan nak beri.. kagum juga dapat ingat secara terperinci mimpi yang dialami
Igt sbb mmg jelas suasananya. Mungkin tak pernah dapat mimpi macam ni lagi. Memang sungguh menginsafkan.
rasanya mimpi tue ada satu alamat apa2 kot..maybe tanda dah bsedia nak mendirikan masjid (kahwin)…tapi nak kahwin tue kena cr jodoh yg bimbing ke arah agama Islam..heee..pandai2 je cik tom pi tafsir mimpi..kui3~
Wuaa. ciktom, sy belum bersedia nak kahwin. Calon pun tak ada lagi. ;( I’Allah, sy akan cuba cari calon yang ada agama plus cantik. heeee. Okay pe taksiran mimpi ciktom. Sy pun ada rasa mcm tu sikit2.
takpe..nati dah bersedia baru fikir..hee..wah kalau gitu terer juga ciktom tafsir alamat mimpi nazim…kui ;p
psst..camane eh buat scroll to top tue??guna plugin ke manual je..
hehehe ciktom mungkin berpengalaman
Nizam guna plugin je.
mimpi rindu kot ni Nizam? yg lain2 tu sekadar hiasan mimpi..hehe
Heee, nzm dah tak rindu sgt dah macam dulu. Tapi macam mana boleh terbayang pun tak tau
lagu rayuan rindu best sgt2…lama tak dengar…
Nzm baru nak dgr rindu tu. Dulu tak pernah. Sekali dgr dah terus suka
Nasib baik didalam mimpi bro terus ke masjid kalau mengikut perempuan menyerupai tidaklah tahu apa musibahnya. Pilihan yang tepat
Sy pun rasa sy bernasib baik sbb tak ikut perempuan2 tersebut, Amin..
wah,terbaik la ko bro.kalau aku belum tentu aku akan ke arah masjid tu.rasanya pegi ke wanita tu kot :p
aiiya…lemahnya iman
Hee. ko kan suka mistress super kawaii. Mesti pergi kat pompuan cun. Muka ko pun jambu meh
jika ia petanda menginsafkan bersyukurlah kerana ALLAH memberi petunjuk awal kpd kita sbelum juah terbabas..mudah2 ia mimpi yang manfaat….:) kdg2 kala perempuan itu hanyalah bayangan cuma akal yg dapt mentaksirkan……
Alhamdullilah WR, NG pun rasa beryukur sgt dapat mimpi macam ni. Sekurang2 nye rasa insaf dengan dunia yg sementara ni yg melalaikan
mudahan mimpi itu memberi manfaat yg berguna buat bro..:)
alhamdulillah.pasti ada rahmat dalam mimpi tu untuk NG
Alhamdullilah. rahmat yg kita sendiri tak jangka. Bersyukur sgt.
Kalau mimpi pegi mesjid kira dh baik dh tu bro…seb bek x ikut popmuan yg 2 org tu yerr…he3x!!!!
insaf weyh
suasana kampung di ipoh
D
mimpi yang menginsafkan..best bace..huhu
kalau blh trgin jugak nak mimi mcm ni. mgkin itu satu petunjuk. semoga dirahmati oleh nya. amin…
Mmg bgus mimpi ni hadir tatkala kite leka dgn duniawi…bkn semua org akan dpt mimpi yg menginsafkan mcm ni..
goreng je lebih ni..btul ke..hehe..alhamdulillahh
Ni mesti kak wanie. hehehe Mimpi ni betul kak. Nanti saya nak mimpi akak pulak