Cara Sekat Laman Lucah Dengan Bing.com

Bing (dahulunya dikenaliĀ Live Search, Windows Live Search, danĀ MSN Search) merupakan salah sebuah web search enjin yang dikeluarkan oleh Microsoft. Bing telah dirasmikan oleh CEO Microsoft iaitu Steve Ballmer pada tanggal 28 Mei 2009 di persidangan All Things Digital di San Diego. Ia dilancarkan sepenuhnya pada umum pada tarikh 3 Jun, 2009 dengan versi preview dikeluarkan pada tarikh 1 Jun 2009. Ok, cukup setakat itu mengenai Bing. Artikel kali ini ingin menunjukkan sesuatu yang mungkin anda jarang gunakan atau tidak sedar mengenai Bing.

Video dibawah menunjukkan cara bagaimana anda boleh menyekat search yang berkaitan dengan laman lucah. Ini mungkin penting bagi memudahkan pencarian yang lebih spesifik.

Cara Blok Laman Web Lucah – k9webprotection

Menggunakan sofware adalah cara termudah untuk blok laman web lucah. Anda sedia maklum bahawa laman web lucah semakin berkembang di atas permintaan ramai, malah ada jugak blog-blog yang menyediakan link video high definition untuk download secara percuma. Hasilnya mereka menjadi sangat kaya dan kita semakin hanyut malah batin semakin terseksa apabila kerap melihat video-video terlarang yang mereka sediakan.

Caranya cukup mudah, gunakan k9webprotection. Anda boleh muat turunnya secara percuma. Sebenarnya idea menggunakan software ini telah dicetus oleh bos saya sendiri sewaktu bekerja sebagai pembantu network administrator di sebuah syarikat swasta semata-mata mahu membendung pekerja-pekerja di sana yang kerap curi tulang sewaktu bekerja kerana khayal dengan laman web lucah.

Software ini dapat menyekat sebarang laman web lucah menggunakan keyword. Sebagai contoh, jika anda search keyword porn, seks, dan banyak lagi keyword yang berkaitan dengan lucah di google, anda tidak akan jumpa laman-laman yang berkaitan. Sofware ini memang sangat bijak sehingga penggunaan proxy pun tewas. Anda boleh juga menyekat laman-laman tertentu mengikut kategori ataupun laman-laman sosial tertentu seperti facebook(jika mahu).

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web mereka di http://www1.k9webprotection.com/, saya pasti anda cepat faham untuk menggunakannya kerana ia perisian yang berasaskan web yang memang mudah untuk difahami.

Download k9webprotection sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...